Perakaunan, Sejarah dan Perkembangannya

اسلام عليكم ورحمة الله وبر كته

Teks : Jurnal Aida Hashim
email : aidahashim.imna@gmail.com

Hari ini aida nak berkongsi tentang apa itu perakaunan, bagaimana pemulaannya serta perkembangan sistem perakaunan. So, let's start...

Baiklah, takrifan perakaunan adalah satu aktiviti penyampaian maklumat kewangan sesebuah entiti perniagaan kepada pengguna berkepentingan seperti pemegang saham dan pengurus.

Perakaunan juga merupakan satu proses mengenal pasti, merekodkan, megelaskan, meringkaskan, menganalisa dan mengkomunikasikan maklumat-maklumat dan peristiwa ekonomi yang bertujuan memudahkan pihak syarikat membuat keputusan perniagaan bagi peruntukan sumber pendapatan, perbelanjaan dan mengukur potensi perjalanan jangka hayat sesebuah peniagaan.

Sedikit fakta tentang perakaunan, rekod perakaunan yang paling awal didapati adalah di Babylonia pada tahun 3500 S.M, catatan tersebut dibuat pada kepingan tanah liat. Sekitar tahun 400 S.M, kaedah merekod perakauanan telah diperbaiki dengan penemuan papyrus (kertas) dan calamus (pen).

Sekitar abad ke-13 hingga abad ke -15, kaedah penyimpanan rekod lebih teratur dan terurus hasil daripada perkembangan pesat aktiviti perdagangan dari Itali. Pada tahun 1494, sistem catatan bergu (kaedah penyimpanan rekod yang lengkap dan sistematik) telah diperkenalkan oleh Luca Pacioli yang diiktiraf sebagai bapa perakaunan. 

Sistem catatan bergu juga dikenali sebagai kaedah Venice. Kaedah ini dianggap sebagai asas kepada rekod perakaunan untuk semua bentuk organisasi perniagaan sehingga ke hari ini. Luca pacioli juga turut mengesyorkan penggunaan buku memorandum, jurnal, lejar serta sistem debit dan kredit.

Selari dengan perkembangan ekonomi dan permodenan teknologi, rekod-rekod perakaunan yang pada mulanya dicatatkan secara manual ketika sebelum dan selepas peperangan dunia hingga akhir tahun 1950-an, telah menggunakan sistem perekodan berkomputer dalam aktiviti harian dan perniagaan sehingga kini. Proses perakaunan komputer dapat menjimatkan masa, usaha, dan kos memproses data serta lebih efisien.

Revolusi perindustrian di England telah mempercepatkan perkembangan sistem perakaunan dan pengeluaran hasil industri secara besar-besaran menyebabkan perakaunan kos telah diperkenalkan. Manakala, perakaunan kewangan diwujudkan  akibat kemajuan dalam simpan kira dan kepesatan pembentukan syarikat seterusnya mewujudkan juga perakaunan pengurusan.

Piawaian perakaunan di Malaysia bermula dengan wujudnya Ordinan Syarikat 1940 dan kemudiannya Akta Syarikat 1965 dimana syarikat dikehendaki mendedahlan maklumat-maklumat tertentu dalam penyata kewangan. 

Institut Akaun Malaysia (Malaysia Institute of Accountant)-MIA bersama-sama dengan Malaysia Association of Certified Public Accountants (MACPA) yang kini dikenali oleh Malaysia Institute of Certified Public Accountant (MICPA) telah menerbitkan piawaian perakaunan sendiri untuk kegunaan pelaporan kewangan di Malaysia. Piawaian perakaunan tersebut dinamakan sebagai Malaysia Accounting Standards (MAS).

*****

Comments

Popular posts from this blog

Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan