Aliran akaun boleh kerja apa?

Teks : Jurnal aida hashim
email : aidahashim.imma@gmail.com

Assalamualaikum & hai

Selalunya aida kongsi tentang asas perakaunan sahaja kan, tapi hari ni aida nak share sikit tentang perkerjaan dalam bidang perakaunan. Mesti ada yang tertanya-tanya dan terfikir kerja perakaunan ni sekadar kerja mengira je ke, atau duduk dalam bilik sejuk berhawa dingin di bank mengira akaun.Hmmm 🤔

So, secara umumnya perakaunan ini merupakan suatu bidang skopnya yang sangat luas dimana  terbahagi kepada 2 bahagian dan pecahannya. Aduh dah macam subjek matematik pula ada bahagi dan pecahan. Hehe.

Kalau korang boleh bayangkan ia macam satu carta organisasi dimana utamanya adalah Perakaunan dan terbahagi kepada dua iaitu perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan. Ok, dibawah akaun perakaunan terdapat dua bidang perakaunan iaitu audit dan percukaian. Manakala, dibawah perakaunan pengurusan pula dibawahnya adalah sistem maklumat perakaunan.

Untuk lebih faham, korang boleh tengok aliran dekat bawah ni ye.

                                    Perakaunan

Perakaunan kewangan                      Perakaunan pengurusan

* Audit                                           *Sistem maklumat perakaunan.
* Percukaian


  • Perakaunan kewangan ialah satu proses perakaunan yang berkaitan dengan keputusan perniagaan iaitu untung atau rugi dalam satu tempoh perakaunan. Objektif utamanya adalah menyediakan maklumat-maklumat perakaunan kepada pengguna luaran sebagai rujukan untuk membuat sebarang keputusan.
  • Perakaunan pengurusan pula melibatkan proses perancangan, kawalan, membuat keputusan dan pengurusan syarikat secara keseluruhannya.
  • Audit melibatkan aktiviti-aktiviti pemeriksaan dokumen-dokumen perniagaan bagi mengesahkan bahawa urus niaga yang direkod itu benar-benar berlaku. Pengauditan dijalankan untuk memastikan bahawa rekod perakaunan yang disediakan adalah mengikut piawaian dan peraturan perakaunan yang diterima umum.
  • Percukaian adalah satu aspek yang penting dalam perakaunan kewangan. Percukaian meliputi nasihat percukaian, perangan cukai dan penyediaan penyata cukai.
  • Sistem maklumat perakaunan didefinasikan sebagai satu sistem yang menjanakan maklumat perakaunan. Ia berfungsi sebagai suatu rangkaian yang berhubung antara satu maklumat dengan maklumat perakaunan yang lain dalam memproses data-data perakaunan.

So, ini adalah antara beberapa info dan skop perkerjaan yang terdapat dalam bidang perakaunan. Kalau korang nak tahu syarat kelayakan, kadar harga pembayaran gaji korang boleh buat carian dekat Mr. Google dengan kata kunci "syarat dan kadar pembayaran gaji perakauanan". Contohnya macam ni ➡️  http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/diploma/2267

Pada adik-adik yang buntu fikir kalau belajar akaun boleh jadi apa je, moga-moga bila korang baca entri ni dapat membantu korang membuat pilihan dengan baik. :)





                

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan