Dokumen Sumber Maklumat Perniagaan

Assalamualaikum & hai,

Bermula daripada entri ini, aida akan kongsikan proses-proses perakauanan dalam perniagaan sehingga ke catatan penutup. Jadi kita akan mulakan dengan mengenalkan beberapa jenis dokumen yang digunakan dalam perniagaan.

Setiap dokumen pernigaan itu tidak sama dan berbeza-beza fungsinya. Dokumen-dokumen tersebut perlu disimpan dengan sistematik kerana setiap dokumen perniagaan merupakan sumber utama dalam buku-buku perakaunan.

Antara fungsi-fungsi dokumen adalah :

  • Sebagai sumber rekod dalam buku perakaunan
  • Sebagai bukti berlakunya sesuatu urus niaga
  • Sebagai rujukan masa depan.
  • Untuk menyediakan maklumat tentang sesuatu urus niaga yang berlaku.
  • Untuk mengingatkan peniaga tentang hutang dalam urus niaga.
Dokumen perniagaan yang berkaitan urus niaga jual beli barang niaga ini juga terbahagi kepada 3 peringkat iaitu sebelum,semasa dan selepas proses urus niaga.

  • Sebelum proses urus niaga
Surat tanya, surat jawapan, sebut harga dan katalog

  • Semasa proses urus niaga
Pesanan belian, nota serahan, invois, nota debit, nota kredit, keratan cek, slip daftar tunai, cek, slip bank, slip pindahan wang.

  • Selepas proses urus niaga
Penyata akaun dan resit.


Berdasarkan dari peringkat urus niaga diatas, ada beberapa dokumen yang perniagaan yang tidak terlibat dalam urus niaga jual beli barang niaga. Contohnya ialah makluman debit, makluman kredit, folio pelanggan dan penyata gaji. Dokumen-dokumen tersebut perlu difailkan secara kemas dan sistematik sama ada bertujuan untuk rujukan atau sumber utama bagi kerja-kerja perekodan dalam perakaunan.

Dokumen terbahagi kepada 2 iaitu dokumen kewangan (dokumen sumber maklumat) dan dokumen bukan kewangan (dokumen rujukan). Dokumen kewangan adalah untuk kerja-kerja perekodan dalam buku perakuanan manakala dokumen bukan kewangan  bertujuan untuk rujukan sahaja. Untuk lebih jelas, boleh rujuk gambar di bawah ye.



Image result for carta jenis-jenis dokumen perniagaan

Untuk jenis-jenis dokumen aida akan kongsi di entri satu lagi ye.









Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan