Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira


بسم الله الرحمن الرحيم، اسلام عليكم ورحمة الله وبر كاته

Teks : Jurnal aida hashim
email : aidahashim.imna@gmail.com

Rabu, 12:26 PM.

Pada waktu ketika ini, sambil-sambil menunggu nasi atas dapur masak dan telur siap untuk direbus dan dimakan bersama sambal ikan bilis kering, yumm yumm... marilah kita menyambung entri semalam berkenaan dengan penyata kewangan.

Aida nak berkongsi sedikit tentang format penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Perakaunan ni sebenarnya mudah je, kita hanya perlu mengikut format ataupun standard yang telah ditetapkan. 

Jadi, korang tak perlulah risau andaikan kata kalau korang sediakan akaun hujung tahun nanti tak tepat pulak. Kalau penyata kewangan akhir tahun korang tak tepat, itu bermakna korang mungkin ada terlepas pandang sesuatu maklumat.

*******

Sila perhatikan rajah 1 dan 2 di bawah dan langkah-langkahnya sekali ye.

Rajah 1 : Penyata Pendapatan.

8DE85373-F66F-4DE9-9C79-90FBCE564161.jpeg

Langkah pertama : wajib ada <nama pernigaan> dan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan ditulis sebelum tajuk Penyata Pendapatan

Langkah kedua : Tajuk Penyata pendapatan. Contohnya; Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir <masukkan tarikh>

Langkah ketiga : Masukkan butiran Hasil Jualan, kos jualan untuk mendapatkan Jumlah untung atau rugi kasar.

Langkah keempat : Masukkan butiran hasil dan belanja untuk mendapatkan jumlah Untung atau Rugi  bersih

Rajah 2 : Kunci Kira-Kira

3895945D-2C43-487D-9C25-0521A9FA7B44.jpeg

Langkah pertama : wajib ada <nama pernigaan> dan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan ditulis sebelum tajuk Kunci Kira-Kira.

Langkah kedua : Tajuk Kunci Kira-Kira. Contohnya; Kunci Kira-Kira bagi tahun berakhir <masukkan tarikh>.

Langkah ketiga : Masukkan butiran aset bukan semasa, aset semasa dan liabiliti semasa untuk mendapatkan jumlah modal kerja (mengukur kemampuan perniagaan untuk membayar balik hutang jangka pendek).

  • Jumlah aset semasa - jumlah liabiliti semasa ; Jumlah aset bukan semasa + ( jumlah daripada hasil tolak aset semasa dan liabiliti semasa) = modal kerja. 

Langkah keempat : Masukkan butiran liabiliti bukan semasa dan ekuiti pemilik untuk mendapatkan jumlah akhir keuntungan syarikat.

  • Jika perniagaan mengalami kerugian, formula untuk ekuiti pemilik adalah seperti berikut : 
Formula :   modal awal
              (-) rugi bersih
              (-) ambilan
                          =
               modal akhir

*********

Moga entri ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk korang membuat penyata kewangan akhir tahun. In shaa Allah di entri akan datang aida akan klasifikasikan butiran- butiran yang terdapat dalam penyata kewangan.

Sehingga ketemu lagi. Wassalam...




Comments

Popular posts from this blog

Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan