Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja

Teks : Jurnal aida hashim
email : aidahashim.imna@gmail.com

Assalamualaikum and hye...

Macam yang korang tahu kan kalau nak buat penyata pendapatan dan kunci kira-kira, dia mempuyai komponen-komponen  yang sendiri. So, hari ni aida nak bagitau apa komponen yang patut ada dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira serta contoh-contoh klasifikasi akaun ni.

Ok, kita akan mulakan dengan komponen-komponen yang terdapat dalam penyata pendapatan. Untuk pengetahuan korang, penyata pendapatan ni dibuat adalah kerana nak menentukan sama ada perniaagan untung atau rugi. So, kalau nak untung mestilah jumlah pendapatan harus lebih dari jumalah perbelanjaan kan begitu juga kalau sebaliknya.

komponen yang terdapat dalam penyata pendapatan adalah hasil dan belanja.

Hasil merupakan pendapatan perniagaan berbentuk wang yang di terima atau yang akan diterima pada suatu tarikh hasil daripada jualan barang niaga atau perkhidmatan yang ditawarkan.


Hasil terbahagi kepada 2 iaitu hasil kendalian dan hasil bukan kendalian.

  • Hasil kendalian
Hasil kendalian adalah merupakan hasil yang diperoleh daripada aktiviti utama perniagaan, iaitu jualan barang niaga dan perkhidmatan
  • Hasil bukan kendalian perniagaan.
Diperoleh daripada aktiviti yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan seperti dividen yang di terima, faedah bank, komisen diterima, sewa diterima dan untung atas pelupusan aset bukan semasa.


Belanja didefinasikan sebagai kos barangan atau perkhidmatan yang digunakan dalam proses memperolehi hasil sama ada yang dibayar atau yang kan dibayar.

Belanja juga terbahagi kepada 2 iaitu belanja kendalian dan belanja bukan kendalian.
  • Belanja kendalian
Merupakan belanja yang terlibat semasa menjalankan aktiviti utama perniagaan. Contohnya, kos belian stok barang, sewa premis, gaj pekerja, belanja am, belanja pengangkutan, promosi dan iklan, insurans, kadar bayaran, belanja susut nilai aset bukan semasa dan hutang lapuk.
  • Belanja bukan kendalian
Merujuk kepada belanja yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan seperti rugi atas jualan aset bukan semasa dan rugi luar biasa, iaitu kerugian akibat bencana alam seperti banjir, kebakaran, kecurian atau gempa bumi.

*****

Ok, sekarang kita masuk pula bahagian komponen untuk kunci kira-kira ya. Kunci kira-kira dilakukan pada tempoh akhir perakaunan, tujuannya adalah untuk mengukur tahap kewangan sesebuah perniagaan. Antara komponen kunci kira-kira adalah aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik

  • Aset 
didefinasikan sebagai harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan untuk menjalankan perniagaan. Aset diklasifikasikan kepada 2 iaitu aset semasa dan aset bukan semasa.

Aset semasa - harta yang dapat ditukarkan ke bentuk tunai dalam jangka pendek, tidak kurang daripada satu tahun perakaunan.

Contoh aset semasa :  * Tunai di tangan, penghutang, hasil terakru, tunai di bank, stok dan belanja                                             terdahulu.

Aset bukan semasa - aset yang dibeli bukan untuk dijual semula tetapi digunakan untuk membantu menjalankan perniagaan,

Contoh aset bukan semasa :  *Kenderaan, perabot, premis, lengkapan, mesin dan alatan pejabat.

  • Liabiliti
Merupakan tanggungan atau hutang perniagaan kepada pihak luar. Liabiliti wujud kerana pihak perniagaan membeli stok barang niaga daripda pembekal, membeli aset bukan semasa atau memperoleh pinjaman daripada pihak luar seperti bank. Liabiliti terbahagi kepada 2 iaitu liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa.

Liabiliti semasa - hutang perniagaan yang perlu dijelaskan dalam jangka masa pendek dalam satu tempoh perakaunan, seperti pemiutang, overdraf, hasil terdahulu dan belanja terakru.

Liabiliti bukan semasa - hutang yang boleh dijelaskan dalam jangka masa panjang iaitu lebih daripada satu tahun. Contoh liabiliti bukan semasa ialah pinjaman bank dan gadai janji.

  • Ekuiti pemilik.
Merupakan hutang pihak perniagaan kepada pemiliknya kerana meminjamkan wang sebagai modal untuk memulakan perniagaan. Sumber ekuiti pemilik juga bergantung kepada bentuk organisasi perniagaan.

Komponen ekuiti pemilik terdiri daripada modal yang disumbangkan oleh pemilik sama ada pelaburan permulaan atau pelaburan tambahan. dan daripada untung atau rugi bersih daripada kegiatan perniagaan.

Untung bersih yang diperoleh perniagaan akan ditambah dengan modal awal kerana untung bersih akan menambah ekuiti pemilik, manakala, rugi bersih akan ditolak dari modal awal. Ambilan juga ditolak daripada modal awal kerana rugi bersih dan ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.


* Lihat rumus ekuiti pemilik dibawah ini :-

Ekuiti pemilik = Modal awal + untung bersih - ambilan
                                                      
                                                   atau

Ekuiti pemilik = Modal awal - rugi bersih- ambilan.



*****
Alhamdulillah, agak panjang juga perkongsian aida kali ini, tapi ini adalah perkara asas yang wajib ada untuk menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Moga info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Sebarang pertanyaan boleh terus email aida ya.

Sehingga bertemu lagi, wassalam...






Comments

  1. I really like your explanation.. Ringkas and padat.. Bahasa yg mudah sy fhm.. Thank you and halalkan ilmu yg sy pelajari spy mudah utk sy ingat..

    ReplyDelete
  2. Helped me alot dalam buku teks PERLU baca 5 page untuk memahami itu too,cikgu ringkaskan kepada 5 minit terima kasih

    ReplyDelete
  3. Kalau stok yang dibeli secara tunai rosak dan tak dapat dipulangkan itu belanja bukan kendalian ke?

    ReplyDelete
  4. Kalau saham ekuiti atau liabiliti? Minta tolong jelaskan pasal saham.

    ReplyDelete
  5. Insurans belum bayar tu aset?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan