Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan



Teks : Jurnal aida hashim

 Haritu dalam entri yang lepas aida ada share pasal penyata kewangan, harap korang yang baca faham apa yang aida kongsikan. Jadi, hari ni aida nak share tentang konsep, prinsip dan andaian perakaunan.

Rasa tak lengkap pulak kalau aida tak share perkara ni sebab walaupun ia hanyalah konsep, prinsip  dan andaian sahaja ia tetap boleh mempengaruhi penyata kewangan korang. 

Ok, dah sedia? Jom kita mulakan...

Secara amnya, terdapat 11 jenis konsep, prinsip dan andaian dalam perakaunan ni. Antaranya :

  • Usaha yang berterusan
Konsep ini mengandaikan bahawa perniaagaan mempunyai hayat yang berterusan(jangka masa lama). Selain itu, setiap aset yang direkodkan haruslah pada harga kos bukan pada nilai semasa. Perniagaan tidak perlu melaporkan aset pada nilai pembubaran kerana perniaagan dijangka tidak akan tutup dalam jangka pendek.

  • Entiti berasingan
Perniagaan adalah entity berasingan daripada pemiliknya. Hanya urus niaga yang berkaitan perniagaan direkodkan dalam buku perakaunan. Contohnya, modal yang dilaburkan oleh pemilik dianggap sebagai pinjaman dan pemilik dianggap sebagai pemiutang. Akaun Modal dan Akaun ambilan digunakan untuk merekod urus niaga anatara pemilik dan perniagaannya.

  • ·         Ketekalan (konsistensi)

Merujuk kepada kaedah yang sama digunakan dalam penyata kewangan.

  • ·         Materialiti

Perbelanjaan boleh bersifat kebendaan (material) atau bukan kebendaan (immaterial) dan hanya butir yamg dianggap material sahaja akan direkodkan dalam penyata kewangan.

  • ·         Wang sebagai ukuran

Setiap urus niaga mestilah direkod dalam bentuk wang. Batasannya, hanya faktor yang dapat diukur dengan wang sahaja dapat direkodkan dan nilai mata wang (RM) diandaikan malar.
  • ·         Konservatisme

Bermaksud mengamalkan polisi berhati- hati iaitu jangkaan kerugian sahaja yang akan diambil kira sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan.

  • ·         Asas perakaunan akruan

Bagi menentukan untung atau bersih, jumlah belanja yang terlibat untuk memperoleh hasil bagi tempoh berkenaan mestilah ditolak daripada hasil yang dilaporkan
hasil yang dilaporkan - jumlah belanja = untung atau rugi bersih

  • ·         Tempoh perakaunan

Hayat perniagaan perlu dibahagikan kepada tempoh perakaunan yang sama. Contohnya satu tahun.

  • ·         Kos sejarah

Merujuk kepada kos sebenar yang ditanggung semasa urus niaga berlaku.
Contohnya, aida beli sebuah premis berharga RM 200 000 pada tahun 2012, pada tahun 2014 nilai pasaran telah meningkat kepada RM 250 000. Maka, nilai yang direkodkan dalam buku perakaunan pada tahun 2014 adalah RM 200 000

  • ·         Pelaporan berasaskan nilai saksama

Nilai yang direkodkan dalam penyata kewangan perlu diselaraskan mengikut nilai pasaran (harga terkini), jika nilai kos sejarah tidak menunjukkan nilai yang sama.

  • ·         Catatan bergu

Urus niaga yang direkodkan dalam dua akaun yang berasingan, iaitu akaun yang didebitkan (dt), dan akaun yang dikreditkan (kt) dengan amaun yang sama.



So, ini adalah perkara yang asas yang perlu korang ambil tahu supaya akaun hujung tahun akan balance. Moga info ni sedikit sebanyak dapat membantu korang.

sehingga ketemu lagi dalam next entri ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan