Pendedahan kepada Penyata Kewangan

Teks: Jurnal aida hashim
email : aidahashim.imna@gmail.com

Ha baiklah untuk entri kali ini aida akan menggunakan kaedah soalan dan jawapan supaya kalian boleh faham apa yang aida nak sampaikan. Okey?

Ok antara soalan-soalannya adalah :-

  1. Apakah itu penyata kewangan?

Penyata kewangan adalah sejenis penyata yang merekodkan segala jenis transaksi urusan perniagaan.

  1. Apakah tujuan penyata kewangan diwujudkan?

Tujuannya adalah untuk mengetahui kedudukan kewangan sesebuah perniagaan pada hujung sesuatu tempoh perakaunan. *kebiasaanya tempoh perakaunan adalah satu tahun*

  1. Penyata kewangan terbahagi kepada berapa jenis?

Penyata kewangan terbahagi kepada 2 jenis iaitu Penyata Pendapatan (P.P) dan Kunci Kira-kira (k3).

  1. Apakah takrifan penyata pendapatan dan kunci kira-kira?

Penyata pendapatan adalah merupakan penyata yang mengukur prestasi perniagaan sama ada untung atau rugi. Manakala, kunci kira-kira adalah penyata menunjukkan kedudukan kewangan seperti nilai aset, hutang dan modal bagi sesuatu tempoh perakaunan.

  1. Siapakah yang bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan dan nyatakan peranan serta tanggungjawabnya?

a) Akauntan : memberikan nasihat serta merancang dan melaksanakan dasar-dasar       seperti sistem belanjawan,kawalan akaun dan perakaunan lain.

b) Pengurus kewangan : menyediakan akaun bulanan dan akaun tahunan syarikat serta menyediakan laporan kepada pihak atasan.

c) Pengurus akaun : mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yg berkaitan dengan pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan lain.

  1. Kepada siapakah penyata kewangan digunakan?

Penyata kewangan digunakan oleh pengguna dalaman ( pemilik perniagaan dan pihak pengurusan) dan pengguna luaran (pihak bank, pemegang saham, kerajaan; LHDN dan pemiutang)

  1. Nyatakan kepentingan penyata kewangan kepada pengguna dalaman dan pengguna luaran.

Pengguna Dalaman : Untuk mengetahui prestasi perniagaan bagi merancang dan membuat keputusan perniagaan.

Pengguna luaran : menilai kemampuan perniagaan untuk membayar hutang, mentaksir cukai pendapatan perniagan (LHDN) serta bertujuan untuk mengetahui prestasi perniagaan bagi membuat keputusan pelaburan.

  1. Senaraikan komponen- komponen yang terdapat dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira.

Penyata pendapatan: Terdiri daripada hasil dan belanja. 

Jika hasil melebihi belanja ( hasil>belanja) = untung ; jika belanja melebihi hasil (belanja>hasil) = rugi.

kunci kira-kira : Terdiri daripada aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.

***********

Baiklah rasanya cukup setakat ini dahulu soalan dan jawapan berkenaan dengan penyata kewangan. In shaa Allah, entri akan datang aida akan tunjukkan bentuk penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Jika ada sebarang pertanyaan boleh email kepada aida ok. :) 



Comments

Popular posts from this blog

Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan