Posts

Showing posts from November, 2018

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit

Image
Teks : Jurnal aida hashim email : aidahashim.imna@gmail.com Sumber Gambar : Google Semua urus niaga secara kredit akan diposkan atau dicatatkan ke lejar dan mempuyai nama akaunnya sendiri tetapi untuk urus niaga barang niaga secara tunai, perlu direkodkan ke dalam lejar yang dikenali sebagai Buku Tunai. Buku tunai terbahagi kepada 2 jenis iaitu Buku Tunai Dua lajur dan Buku Tunai Tiga Lajur. Buku tunai dua lajur adalah merupakan gabungan Akaun Tunai dan Akaun Bank. Buku Tunai Tiga Lajur pula merupakan gabungan Akaun Tunai, Akaun Bank dan Akaun Diskaun. - Jika penggunaan buku tunai digunakan, Akaun Tunai dan Akaun Bank tidak perlu disediakan dalam Lejar am. - Buku tunai juga adalah sebahagian daripada lejar utama dalam sistem catatan bergu. Antara kebaikan pengasingan Akaun Tunai  dan Akaun Bank ke Buku Tunai adalah : Rujukan lebih mudah bagi urus niaga tunai dan bank Catatan di Lejar utama dapat dikurangkan. Urusan Pengendalian Buku Tunai dapat ditugaskan kepada pe

Pengeposan Ke Lejar

Image
Teks : Jurnal aida hashim email : aidahashim.imna@gmail.com Sumber  Gambar : Google Mengikut kitaran perakaunan, selepas penyediaan jurnal, pengeposan ke lejar perlu dilakukan. Tindakan ini adalah langkah penting dalam penyediaan penyata kewangan. Pada setiap akhir bulan,semua akaun dalam lejar perlu diimbangkan untuk mengira jumlah baki. ketepatan merekod segala butir atau item amatlah penting kerana ia akan mempengaruhi penyediaan penyata kewangan yang selanjutnya. Lejar merupakan buku akaun utama untuk merekodkan segala jenis urus niaga perniagaan. Dalam lejar terdapat pelbagai jenis akaun yang dibuka bagi merekodkan urus niaga yang berlaku. Akaun merupakan suatu ringkasan urus niaga perniagaan yang tepat dan sistematik. Akaun disediakan dalam bentuk 'T'. Bahagian kiri dipanggil sebagai debit dan bahagian kanan dipanggil sebagai kredit. Akaun-akaun dalam lejar terbahagi kepada 2 kategori utama, iaitu akaun perorangan dan akaun bukan perorangan. Kedua-dua k

Langkah Pertama Catatan Perakaunan- Jurnal

Image
Assalamualaikum & hai. So, macam yang pernah aida sharekan sebelum ni dalam entri proses perakaunan, langkah pertama selepas mengenalpasti jenis-jenis dokumen adalah mengelaskan dan mencatatkan sumber maklumat dokumen dalam buku catatan pertama (BCP) atau jurnal. Korang boleh tekan kat link ni untuk tengok proses perakaunan sebagai rujukan. http://jurnalaidahashim.blogspot.com/2018/11/kitaran-perakaunan.html Semua urus niaga perlu dicatat setiap hari mengikut urutan tarikhnya secara sistematik. Jika terabai atau berlaku kesilapan dalam perekodan, maklumat akan jadi tidak tepat atau kemungkinan korang akan kemurungan hujung bulan sebab penyata kewangan korang tak tepat.heheh  Jadi, antara fungsi catatan jurnal ini diwujudkan adalah dapat mengurangkan risiko kesilapan dan ketinggalan catatan urus niaga. Jurnal juga boleh diklasifikasikan sebagai alat kawalan dalam sistem merekodkan urus niaga. Jurnal terbahagi kepada 2 iaitu jurnal khas dan jurnal am. Jurnal khas adalah jur

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan

Teks: Jurnal aida hashim Email : aidahashim.imna@gmail.com Sumber : Cg narzuki Assalamualaikum & hai. Maaf aida dah lama tak update entri, kebelakangan ni jadual agak "pack" sikit. In shaa Allah, aida akan cuba update sekerap yang mampu. Moga-moga dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan. Ok, seperti yang dijanjikan aida akan kongsikan tentang jenis-jenis dokumen yang selalu digunakan dalam perniagaan harian dalam sesebuah syarikat. Aida akan senaraikan jenis-jenis dokumen dan menerangkan setiap fungsinya, untuk contoh dokumen pula, korang boleh rujuk pada link yang aida sertakan ni ye... https://cgnarzuki.com/modul-3-dokumen-perniagaan-sebagai-sumber-maklumat/ Pesanan belian Merupakan dokumen yang dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk memesan barang secara rasmi. Pesanan belian disediakan oleh pembeli dalam 2 salinan iaitu asal dan pendua. Salinan asal dihantar kepada penjual, manakala salinan pendua disimpan oleh pembeli dalam fail pe

Dokumen Sumber Maklumat Perniagaan

Image
Assalamualaikum & hai, Bermula daripada entri ini, aida akan kongsikan proses-proses perakauanan dalam perniagaan sehingga ke catatan penutup. Jadi kita akan mulakan dengan mengenalkan beberapa jenis dokumen yang digunakan dalam perniagaan. Setiap dokumen pernigaan itu tidak sama dan berbeza-beza fungsinya. Dokumen-dokumen tersebut perlu disimpan dengan sistematik kerana setiap dokumen perniagaan merupakan sumber utama dalam buku-buku perakaunan. Antara fungsi-fungsi dokumen adalah : Sebagai  sumber rekod  dalam buku perakaunan Sebagai  bukti  berlakunya sesuatu urus niaga Sebagai  rujukan  masa depan. Untuk  menyediakan maklumat  tentang sesuatu urus niaga yang berlaku. Untuk mengingatkan peniaga tentang  hutang  dalam urus niaga. Dokumen perniagaan yang berkaitan urus niaga jual beli barang niaga ini juga terbahagi kepada 3 peringkat iaitu  sebelum,semasa dan selepas  proses urus niaga. Sebelum proses urus niaga Surat tanya, surat jawapan, sebut harga dan

Aliran akaun boleh kerja apa?

Teks : Jurnal aida hashim email : aidahashim.imma@gmail.com Assalamualaikum & hai Selalunya aida kongsi tentang asas perakaunan sahaja kan, tapi hari ni aida nak share sikit tentang perkerjaan dalam bidang perakaunan. Mesti ada yang tertanya-tanya dan terfikir kerja perakaunan ni sekadar kerja mengira je ke, atau duduk dalam bilik sejuk berhawa dingin di bank mengira akaun.Hmmm 🤔 So, secara umumnya perakaunan ini merupakan suatu bidang skopnya yang sangat luas dimana  terbahagi kepada 2 bahagian dan pecahannya. Aduh dah macam subjek matematik pula ada bahagi dan pecahan. Hehe. Kalau korang boleh bayangkan ia macam satu carta organisasi dimana utamanya adalah Perakaunan dan terbahagi kepada dua iaitu perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan. Ok, dibawah akaun perakaunan terdapat dua bidang perakaunan iaitu audit dan percukaian. Manakala, dibawah perakaunan pengurusan pula dibawahnya adalah sistem maklumat perakaunan. Untuk lebih faham, korang boleh tengok aliran dek

Kitaran Perakaunan

Image
Teks : Jurnal aida hashim Email : aidahashim.imna@gmail.com Assalamualaikum & hai.  Untuk pengetahuan korang kalau nak menyiapkan laporan kewangan akhir tahun (penyata kewangan), beberapa proses perakaunan perlu dilakukan mengikut urutan yang bersistem. Proses ini juga dikenali sebagai  kitaran perakaunan. Bagi melengkapkan satu kitaran perakaunan ia mengambil masa satu tempoh perakaunan iaitu setahun, setengah tahun atau suku tahun. Peringkat-peringkat dalam kitaran ini juga dilakukan mengikut  turutan secara sistematik. Proses dalam kitaran Perakaunan. Berpandukan gambar rajah, proses kitaran perakaunan dapat dibahagikan kepada 8 peringkat. Ia bermula dengan permerolehan segala maklumat urus niaga daripada dokumen sumber seperti invois, nota debit, resit, baucar pembayaran dan keratan cek. Dokumen sumber ini diperoleh apabila urus niaga berlaku secara harian. Seterusnya, maklumat daripada dokumen sumber tersebut akan direkodkan ke Buku Catatan Pertama, iaitu ju

Klasifikasi Akaun : Akaun Kontra

Image
Teks: Jurnal aida hashim Email : aidahashim.imna@gmail.com Assalamualaikum and hye... Dalam entri yang lepas aida dah kongsikan tentang klasifikasi akaun bagi komponen untuk menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Jadi, akaun kontra ini juga adalah adalah satu daripada komponen dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Dalam perakaunan, ada juga akaun yang tidak dapat dibuat pengelasan tertentu tetapi dapat memberikan kesan kepada akaun-akaun aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja. Akaun-akaun ini dikelaskan berdasarkan kesannya yang berlawanan  dengan akaun yang berkaitan atau disebut sebagai akaun induk. Akaun-akaun yang kesannya berlawanan dengan akaun induk inilah dikenal sebagai akaun kontra , kerana akaun ini akan mengurangkan nilai dalam akaun induknya. Tujuannya adalah untuk memperoleh nilai bersih bagi akaun-akaun induk tersebut. Berikut adalah contoh akaun kontra , akaun induk dan kesannya kepada akaun induk. Akaun Kontra