Pembetulan Imbangan Duga

Ok, dalam entri yang lepas aida dah sharekan tentang imbangan duga dan fungsi-fungsinya dan aida juga ada bagitahu imbangan duga tersebut tidak semestinya tidak terlepas dari kesilapan. Jadi untuk kali ini suka untuk aida berkongsi jenis-jenis kesilapan dalam imbangan duga dan bagaimana nak perbetulkannya.... Entri kali ini mungkin agak panjang sedikit, mohon kalian dapat baca dengan tenang dan dapat memahaminya. Heheh

Kesilapan dalam imbangan duga terbahagi kepada 2 iaitu Kesilapan ketara dan Kesilapan tidak ketara. Kesilapan ketara adalah kesilapan yang membuatkan imbangan duga terjejas manakala kesilapan tidak ketara pula tidak menjejaskan keseimbangan imbangan duga.

Jenis-jenis kesilapan ketara adalah : 

  • kesilapan menghitung- ia kemungkinan berlaku apabila catatan diposkan ke lejar. Kesilapan itu berlaku semasa pengiraan baki atau jumlah.
  • kesilapan tertinggal satu catatan - berlaku apabila hanya satu akaun direkodkan dan penyediaan tidak mengikut aturan sistem catatan bergu.
  • Kesilapan amaun - berlaku apabila amaun ynag didebitkan tidak sama dengan akaun yang dikreditkan untuk sesuatu transaksi pernigaan.
  • Kesilapan merekod di'side' yang salah - dimana apabila kedua-dua akaun berkenaan didebitkan atau dikreditkan bagi satu urus niaga yang sama.
  • Kesilapan menyenarikan baki sama ada disebelah debit atau kredit.

Jenis- jenis kesilapan tidak ketara adalah : 

  • Kesilapan tertinggal catatan urus niaga - berlaku apabila sesuatu urus niaga langsung tidak direkodkan dalam mana-mana buku perakaunan.
  • Kesilapan terbalik / songsang - berlaku apabila catatan bergu telah diterbalikkan walaupun telah dicatat dalam dua akaun yang betul.
  • Kesilapan komisen - bermaksud urus niaga telah dicatatkan dalam sistem catatan bergu tetapi catatan debit atau kredit dalam akaun yang salah, walaupun jenis akaun tersebut betul.
  • Kesilapan saling mengimbangi - bermaksud kesilapan disebelah debit telah diimbangi oleh kesilapan disebelah kredit.
  • Kesilapan prinsip - apabila urus niaga dicatat dalam akaun yang salah.
  • Kesilapan amuan - berlaku apabila amaun urus niaga tersalah rekod dalam buku catatan pertama dan lejar.

Gambar rajah di bawah menunjukan kaedah untuk mengesan kesilpan dalam imbangan duga.

IMG_0049.jpeg


Jika dilihat melalui rajah, ada 7 langkah yang perlu diikuti dan langkah yang paling utama adalah harus check semula semua catatan dalam imbangan duga dan langkah terakhir adalah semak semula buku catatan pertama. Jadi pentingnya untuk mencatat dengan betul dalam buku catatan pertama supaya dapat menjimatkan tenaga dan masa untuk semak semula.

Comments

Popular posts from this blog

Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan