Imbangan Duga

Berdasarkan sistem catatan bergu, setiap urus niaga dicatat sekurang-kurangnya dua kali, iaitu catatan disebelah debit dan kredit dengan jumlah yang sama. Persoalannya, adakah pengiraan rekod kita tepat dan betul. Macam mana kita nak check sama ada betul atau salah?

So, dalam entri kali ni aida akan kongsikan tentang imbangan duga dimana salah satu fungsinya adalah menyemak ketepatan catatan bergu dalam akaun lejar.

Imbangan duga adalah satu senarai baki debit dan baki kredit yang diambil atau dipindahkan daripada akaun -akaun lejar dalam tarikh tertentu. Jika catatan anda dalam akaun-akaun lejar dibahagian debit dan kredit dapat jumlah yang sama paa akhirnya, begitu juga dengan imbangan duga, jumlah akhirnya harus sama, jika tidak kemungkinan anda telah tersalah catat dalam imbangan duga tersebut.

Antara fungsi Imbangan duga adalah :
  • menyemak ketepatan catatan urus niaga yang berasaskan sistem catatan bergu.
  • Menyemak ketepatan pengiraan dalam buku catatan pertama dan lejar
  • Menyemak ketepatan proses pengeposan dari buku catatan pertama ke lejar.
  • Memudahkan penyediaan Penyata Kewangan.

Melihat dari segi fungsi imbangan duga diatas, ia jelas dapat memudahkan sesuatu proses penyediaan perakaunan. Walau bagaimanapun, ia tidak mengambarkan bahawa sesuatu rekod urus niaga itu telah bebas daripada kesilapan, ini kerana terdapat sesetengah kesilapan yang tidak menjejaskan keseimbangan dalam Imbangan Duga.

Imbangan duga boleh disediakan dalam 2 bentuk iaitu bentuk "T" dan bentuk lajur. Berikut merupakan contoh Imbangan duga dlam bentuk lajur: 

IMG_0047.jpeg
Kesimpulannya, jika jumlah imbangan duga berbeza dibahagian debit dan kredit, ia adalah kemungkinan disebabkan salah catat dalam akaun lejar. 


Comments

Popular posts from this blog

Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan