Akaun Kawalan Penghutang dan Pemiutang

Bagi perniagaan kecil, penggunaan lejar hanya menggunakan satu lejar sahaja untuk merekod segala jenis akaun. Walaubagaimanapun, untuk perniagaan yang besar, bilangan  penghutang dan pemiutang adalah banyak. Akaun-akaun pemiutang dan akaun-akaun penghutang akan dikeluarkan dari lejar am dan dicatatkan di dalam akaun yang berasingan.

Oleh sebab akaun tersebut dikeluarkan daripada lejar am, maka, imbangan duga tidak seimbang. Dengan itu, Akaun kawalan yang mewakili semua penghutang dan pemiutang perlu disediakan dalam lejar am untuk membolehkan imbangan duga disediakan. 

Fungsi Akaun Kawalan adalah:
memudahkan jumlah baki keseluruhan penghutang dan pemiutang dihitung.
memudahkan kesilapan dikesan sekiranya imbangan duga tak seimbang.
memudahkan penipuan dan penyelewengan dikesan.

Berikut merupakan format Akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang.

IMG_0045.jpeg

IMG_0046.jpeg

  • Maksud dua baki dalam Akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang adalah ;

  • Baki Kredit dalam akaun kawalan penghutang
Akaun penghutang berbaki debit adalah kerana penghutang merupakan aset kepada perniagaan manakala akaun penghutang berbaki kredit apabila :
A) bayaran penghutang melebihi bayarannya
B) pulangan barang niaga oleh penghutang setelah hutang dijelaskan 
C) penghutang menerima elaun daripada peniaga setelah hutang dijelaskan

  • Baki debit dalam Akaun Kawalan Pemiutang 
Akaun pemiutang berbaki kredit kerana pemiutang merupakan liabiliti kepada perniagaan, manakala akaun pemiutang boleh berbaki debit apabila:
A)bayaran kepada pemiutang melebihi hutangnya
B)pulangan barang niaga setelah hutang dijelaskan
C) peniaga menerima elaun daripada pemiutang setelah hutang dijelaskan.


Sumber gambar : azue......guru akaun

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan