Klasifikasi Akaun : Akaun Kontra
Teks: Jurnal aida hashim
Email : aidahashim.imna@gmail.com
Assalamualaikum and hye...
Dalam entri yang lepas aida dah kongsikan tentang klasifikasi akaun bagi komponen untuk menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Jadi, akaun kontra ini juga adalah adalah satu daripada komponen dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira.
Dalam perakaunan, ada juga akaun yang tidak dapat dibuat pengelasan tertentu tetapi dapat memberikan kesan kepada akaun-akaun aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja. Akaun-akaun ini dikelaskan berdasarkan kesannya yang berlawanan dengan akaun yang berkaitan atau disebut sebagai akaun induk.
Akaun-akaun yang kesannya berlawanan dengan akaun induk inilah dikenal sebagai akaun kontra, kerana akaun ini akan mengurangkan nilai dalam akaun induknya. Tujuannya adalah untuk memperoleh nilai bersih bagi akaun-akaun induk tersebut.
Berikut adalah contoh akaun kontra , akaun induk dan kesannya kepada akaun induk.
Berikut cara mencatatkan akaun kontra dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira.

Akaun
Kontra
|
Akaun
Induk
|
Kesan
Kepada Akaun Induk
|
Akaun pulangan jualan
|
Akaun jualan
|
Mengurangkan jumlah jualan
|
Akaun diskaun diberi
|
Akaun jualan
|
mengurangkan jumlah jualan
|
Akaun pulangan belian
|
Akaun belian
|
Mengurangkan jumlah belian
|
Akaun diskaun diterima
|
Akaun belian
|
Mengurangkan jumlah belian
|
Akaun susut nilai terkumpul
|
Akaun aset bukan semasa
|
Mengurangkan nilai aset bukan semasa
|
Akaun peruntukan hutang ragu
|
Akaun penghutang
|
Mengurangkan nilai penghutang
|
Akaun ambilan
|
Akaun modal
|
Mengurangkan jumlah modal
|
Berikut cara mencatatkan akaun kontra dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira.
PERNIAGAAN
AIDA
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31
Disember 20X0
RM
Jualan XXX
(-) pulangan jualan XX
Diskaun diberi XX
XXX
Belian XXX
(-) pulangan belian XX
Diskaun diterima XX
XXX
_______________________________________________________________________________
PERNIAGAAN
AIDA
Kunci Kira-Kira bagi tahun berakhir 31
Disember 20X0
RM
Aset Bukan Semasa
XXX
(-) susut nilai terkumpul XX
Aset semasa :
Penghutang XXX
(-) peruntukan hutang ragu XX
Ekuiti pemilik
:
Modal XXX
(-)
ambilan XX
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletepkk punya akaun kontra ialah apa ?
ReplyDelete