Kitaran Perakaunan

Teks : Jurnal aida hashim
Email : aidahashim.imna@gmail.com

Assalamualaikum & hai.

 Untuk pengetahuan korang kalau nak menyiapkan laporan kewangan akhir tahun (penyata kewangan), beberapa proses perakaunan perlu dilakukan mengikut urutan yang bersistem. Proses ini juga dikenali sebagai kitaran perakaunan.

Bagi melengkapkan satu kitaran perakaunan ia mengambil masa satu tempoh perakaunan iaitu setahun, setengah tahun atau suku tahun. Peringkat-peringkat dalam kitaran ini juga dilakukan mengikut turutan secara sistematik.

Proses dalam kitaran Perakaunan.


Image result for kitaran perakaunan

Berpandukan gambar rajah, proses kitaran perakaunan dapat dibahagikan kepada 8 peringkat. Ia bermula dengan permerolehan segala maklumat urus niaga daripada dokumen sumber seperti invois, nota debit, resit, baucar pembayaran dan keratan cek. Dokumen sumber ini diperoleh apabila urus niaga berlaku secara harian.

Seterusnya, maklumat daripada dokumen sumber tersebut akan direkodkan ke Buku Catatan Pertama, iaitu jurnal secara harian. kemudiannya, Jurnal akan diposkan ke lejar dalam akaun-akaun yang berkenaan sama ada sebelah debit atau kredit. Biasanya pengeposan ke lejar akan dilakukan setiap akhir bulan.

Selepas itu, akaun-akaun lejar akan diimbangkan dan baki-baki daripada akaun lejar disenaraikan dalam Imbangan duga, baki-baki tersebut dipindahkan ke Imbangan duga pada tempoh akhir perakaunan.

Selanjutnya, pelarasan dilakukan untuk memadankan hasil dengan belanja dalam satu tempoh perakaunan. Pelarasan-pelarasan yang berkaitan termasuk belanja terdahulu dan terakru, hasil terdahulu dan terakru, susut nilai peruntukan hutang ragu serta pelarasan-pelarasan lain. Apabila pelarasan sudah dilakukan, Imbangan duga terselaras akan disediakan.

Pada akhir tempoh perakaunan, penyata kewangan akan disediakan berdasarkan baki-baki dalam Imbangan duga terselaras. Peringkat akhir dalam perakaunan adalah catatn penutupan. Catatan penutupan akan dibuat dalam jurnal dan diposkan ke akaun lejar untuk tempoh perakaunan yang berikutnya.

Rumusnya, proses ini akan diguna pakai untuk setiap tahun bagi proses penutupan akaun akhir tahun...

Selamat mencuba untuk buat proses ini. Terima kasih kerana baca hingga akhir entri, jika ada sebarang cadangan atau pandangan, boleh komen supaya kita boleh saling berkongsi ilmu.







Comments

Popular posts from this blog

Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit