Sistem Catatan Bergu


Fuhh..fuhh..fuhh (tiup habuk yang bersarang tebal kat sini)...☺️

Hai lama rasanya aida tak update blog ni kan. Jadi di hari yang mulia ni pada 11/08/2019 bersamaan 10 Zulhijjah 1440 Hijrah aida nak ucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam tidak kira dimana pun anda berada dan aida doakan agar jemaah-jemaah yang mengerjakan haji pada tahun ini akan dikurniakan Haji yang mabrur. In shaa Allah Aaminn Ya Rabbal Allamin.

Mulai pada hari ini juga aida akan mula menulis semula tentang perkaunan dan kongsi tentang perakaunan yang aida tahu menurut pemahaman aida kepada sesiapa sahaja yang memerlukan ilmu dan maklumat ni. Moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik, waktu yang bermanfaat serta kemudahan urusan untuk aida sentiasa menulis dan berkongsi maklumat tentang perakaunan ini.

Untuk kali ini, aida nak share tentang Sistem Catatan Bergu...

Apa Benda Sistem Catatan Bergu ni?

Sistem catatan bergu adalah merupakan sebuah sistem yang merekodkan setiap urus niaga perniagaan secara sistematik. Setiap urus niaga akan direkodkan dalam sekurang-kurangnya dua AKAUN LEJAR yang berasingan dengan amaun yang sama, iaitu satu akaun yang didebitkan dan lagi satu akaun yang dikreditkan.

Bagi sesetengah akautan yang dah pro, mereka dah boleh bayangkan sendiri bagaimana nak mencatat urus niaga ke dalam lejar tanpa perlu draf dimana-mana kertas kosong mengikut sistem dan format catatan bergu, tetapi bagi seseorang yang mungkin masih baru atau amatur lagi dengan perakaunan ini mungkin masih memerlukan masa dan cara yang betul bagaimana nak mencatat urus niaga ke dalam lejar menggunakan sistem catatan bergu tanpa melakukan kesilapan.

Baru-baru ni aida ada mengikuti kursus perakaunan asas berkomputer dan alhamdulillah banyak input yang aida dapat dan saling bertukar pandangan disitu.Antara perkara yang aida pelajari di kursus tersebut adalah merekodkan urus niaga dengan betul menggunakan komputer dan semestinya mereka berkongsi maklumat tentang asas perakuanan dan membuatkan kita lebih faham dan jelas bagaimana nak merekod urus niaga dengan betul.

Ok berbalik kepada sistem catatan bergu ni, semasa aida menghadiri kursus tempoh hari fasilator tersebut telah mengajar aida satu formula yang mudah bagaimana kita nak mengklasifikasikan dan merekodkan setiap urus niaga yang berlaku sama ada perlu direkodkan disebelah debit atau kredit (Sistem Catatan Bergu).

Formulanya adalah menggunakan kaedah B.A.H.E.L





Jika dilihat berdasar 2 gambar rajah diatas, ia telah menjelaskan bahawa apabila disebelah debit akaun kita akan bertambah manakala jika ia sebelah kredit ia akan berkurang atau mengikut kaedah BAHEL.

Masih ada yang tak faham lagi ke? Jika begitu, sila lihat contoh dibawah ye (dah macam cikgu tanya soalan kat anak murid pula rasanya) hahhahah


Kes 1:

Pada 1 mei 20X3, Cik Salina memulakan perniagaan dengan membawa masuk tunai sebagai modal sebanyak RM 10,000

Penyelesaian : 


Huraian kes : Tunai adalah diklasifikasikan sebagai Aset manakala Modal diklasifikasikan sebagai Ekuiti Pemilik. Mengikut kaedah BAHEL, aset dicatatkan disebelah debit manakala ekuiti pemilik dicatatkan disebelah kredit.

 Begitulah caranya jika kita ingin merekodkan urus niaga ke lejar menggunakan sistem catatan bergu...


Moga bermanfaat...☺


Sehingga ketemu lagi.
Aida Hashim...










Comments

  1. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    Over 160 000 women and men are hacking their diet with a easy and SECRET "water hack" to burn 2 lbs each night as they sleep.

    It's painless and works with everybody.

    This is how you can do it yourself:

    1) Hold a glass and fill it half full

    2) Then use this weight loss hack

    and be 2 lbs lighter when you wake up!

    ReplyDelete
  2. Pengajaran asas akaunting yg mantap

    ReplyDelete
  3. kalau ambilan pula bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika tidak silap saya, buka akaun ambilan dan letakkan di bahagian kredit kerana ambilan sebahagian daripada ekuiti pemilik. kalau salah minta betulkan ya

      Delete
    2. untuk ambilan: debit ambilan, kredit tunai/bank..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan