Posts

Showing posts from 2018

Jenis-jenis Perniagaan di Malaysia

Dalam Malaysia ada pelbagai bentuk organisasi dan milikan perniagaan yang wujud dalam dunia perniagaan. Kebiasaannya pada permulaan, seseorang akan memilih perniagaan berbentuk persendirian iaitu mulakan perniagaaan dengan modal yang kecil, dan tidak kurang juga ada yang memulakan perniagaan dengan sahabat karib dan berkongsi segala dari segi modal dan lain-lain yang dikenali sebagai perkongsian. Sebenarnya selain dari perniagaan persendirian dan perkongsian, terdapat beberapa jenis lain yang utama bagi bentuk organisasi dan milikan perniagaan ini, antaranya adalah jenis syarikat berhad dan perniagaan berbentuk koperasi.  Disini saya akan kongsikan aspek-aspek perbezaan bagi bentuk perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad dan koperasi yang berkaitan dan bakal mempengaruhi tahap kewangan anda pada masa akan datang. Sebelum itu saya akan definisikan dahulu untuk setiap jenis bentuk organisasi dan milikan perniagaan ini:  Milikan Tunggal - merupak...

Catatan penutupan

Pada tarikh akhir imbangan, akaun belanja dan hasil akan diselaraskan (imbangan duga terlaras). Setelah segala pelarasan diambil kira, akaun-akaun itu akan ditutup dengan memindahkan ke akaun penamat (akaun untung rugi atau penyata pendapatan)dan kunci kira-kira. Untuk definisi dan contoh format akaun penamat dan kunci kira-kira, korang boleh rujuk dekat sini http://jurnalaidahashim.blogspot.com/2018/11/pendedahan-kepada-penyata-kewangan.html http://jurnalaidahashim.blogspot.com/2018/11/penyata-pendapatan-dan-kunci-kira-kira_13.html

Pelarasan Akaun

Image
Imbangan duga merupakan sumber maklumat untuk menyediakan penyata kewangan. Namun begitu, maklumat dalam imbangan duga sahaja belum cukup untuk menyediakan penyata kewangan bagi perniagaaan milikan tunggal. Maka, beberapa pelarasan perlu dilakukan sebelum penyata kewangan disediakan. Antara pelarasan-pelarasan yang perlu dilakukan adalah :- • Hasil terdahulu- merupakan hasil yang akan diterima pada tempoh perakaunan akan datang tetapi wang tunai telah diterima dalam tempoh akaun semasa. Oleh yang demikian, hasil yang diterima perlu ditolak dengan hasil yang terdahulu untuk memperoleh jumlah hasil sebenar. Hasil yang diterima - hasil terdahulu  = jumlah hasil sebenar Hanya jumlah hasil sebenar akan dipindahkan ke akaun sebelah kredit akaun untung rugi. Dalam kunci kira-kira, hasil terdahulu dikelaskan sebagai liabiliti semasa. Contoh hasil terdahulu adalah sewa diterima terdahulu dan komisen diterima terdahulu • Hasil terakru - merupakan hasil yang diperoleh ...

Pembetulan Imbangan Duga

Image
Ok, dalam entri yang lepas aida dah sharekan tentang imbangan duga dan fungsi-fungsinya dan aida juga ada bagitahu imbangan duga tersebut tidak semestinya tidak terlepas dari kesilapan. Jadi untuk kali ini suka untuk aida berkongsi jenis-jenis kesilapan dalam imbangan duga dan bagaimana nak perbetulkannya.... Entri kali ini mungkin agak panjang sedikit, mohon kalian dapat baca dengan tenang dan dapat memahaminya. Heheh Kesilapan dalam imbangan duga terbahagi kepada 2 iaitu Kesilapan ketara dan Kesilapan tidak ketara. Kesilapan ketara adalah kesilapan yang membuatkan imbangan duga terjejas manakala kesilapan tidak ketara pula tidak menjejaskan keseimbangan imbangan duga. Jenis-jenis kesilapan ketara adalah :  kesilapan menghitung - ia kemungkinan berlaku apabila catatan diposkan ke lejar. Kesilapan itu berlaku semasa pengiraan baki atau jumlah. kesilapan tertinggal satu catatan - berlaku apabila hanya satu akaun direkodkan dan penyediaan tidak mengikut aturan sistem c...

Imbangan Duga

Image
Berdasarkan sistem catatan bergu, setiap urus niaga dicatat sekurang-kurangnya dua kali, iaitu catatan disebelah debit dan kredit dengan jumlah yang sama. Persoalannya, adakah pengiraan rekod kita tepat dan betul. Macam mana kita nak check sama ada betul atau salah? So, dalam entri kali ni aida akan kongsikan tentang imbangan duga dimana salah satu fungsinya adalah menyemak ketepatan catatan bergu dalam akaun lejar. Imbangan duga adalah satu senarai baki debit dan baki kredit yang diambil atau dipindahkan daripada akaun -akaun lejar dalam tarikh tertentu . Jika catatan anda dalam akaun-akaun lejar dibahagian debit dan kredit dapat jumlah yang sama paa akhirnya, begitu juga dengan imbangan duga, jumlah akhirnya harus sama, jika tidak kemungkinan anda telah tersalah catat dalam imbangan duga tersebut. Antara fungsi Imbangan duga adalah : menyemak ketepatan catatan urus niaga yang berasaskan sistem catatan bergu. Menyemak ketepatan pengiraan dalam buku catatan pertama dan ...

Akaun Kawalan Penghutang dan Pemiutang

Image
Bagi perniagaan kecil, penggunaan lejar hanya menggunakan satu lejar sahaja untuk merekod segala jenis akaun. Walaubagaimanapun, untuk perniagaan yang besar, bilangan  penghutang dan pemiutang adalah banyak. Akaun-akaun pemiutang dan akaun-akaun penghutang akan dikeluarkan dari lejar am dan dicatatkan di dalam akaun yang berasingan. Oleh sebab akaun tersebut dikeluarkan daripada lejar am, maka, imbangan duga tidak seimbang. Dengan itu, Akaun kawalan yang mewakili semua penghutang dan pemiutang perlu disediakan dalam lejar am untuk membolehkan imbangan duga disediakan.  Fungsi Akaun Kawalan adalah: • memudahkan jumlah baki keseluruhan penghutang dan pemiutang dihitung. • memudahkan kesilapan dikesan sekiranya imbangan duga tak seimbang. • memudahkan penipuan dan penyelewengan dikesan. Berikut merupakan format Akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang. Maksud dua baki dalam Akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang adala...

Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit

Image
Teks : Jurnal aida hashim email : aidahashim.imna@gmail.com Sumber Gambar : Google Semua urus niaga secara kredit akan diposkan atau dicatatkan ke lejar dan mempuyai nama akaunnya sendiri tetapi untuk urus niaga barang niaga secara tunai, perlu direkodkan ke dalam lejar yang dikenali sebagai Buku Tunai. Buku tunai terbahagi kepada 2 jenis iaitu Buku Tunai Dua lajur dan Buku Tunai Tiga Lajur. Buku tunai dua lajur adalah merupakan gabungan Akaun Tunai dan Akaun Bank. Buku Tunai Tiga Lajur pula merupakan gabungan Akaun Tunai, Akaun Bank dan Akaun Diskaun. - Jika penggunaan buku tunai digunakan, Akaun Tunai dan Akaun Bank tidak perlu disediakan dalam Lejar am. - Buku tunai juga adalah sebahagian daripada lejar utama dalam sistem catatan bergu. Antara kebaikan pengasingan Akaun Tunai  dan Akaun Bank ke Buku Tunai adalah : Rujukan lebih mudah bagi urus niaga tunai dan bank Catatan di Lejar utama dapat dikurangkan. Urusan Pengendalian Buku Tunai dapat ditugaskan kepad...

Pengeposan Ke Lejar

Image
Teks : Jurnal aida hashim email : aidahashim.imna@gmail.com Sumber  Gambar : Google Mengikut kitaran perakaunan, selepas penyediaan jurnal, pengeposan ke lejar perlu dilakukan. Tindakan ini adalah langkah penting dalam penyediaan penyata kewangan. Pada setiap akhir bulan,semua akaun dalam lejar perlu diimbangkan untuk mengira jumlah baki. ketepatan merekod segala butir atau item amatlah penting kerana ia akan mempengaruhi penyediaan penyata kewangan yang selanjutnya. Lejar merupakan buku akaun utama untuk merekodkan segala jenis urus niaga perniagaan. Dalam lejar terdapat pelbagai jenis akaun yang dibuka bagi merekodkan urus niaga yang berlaku. Akaun merupakan suatu ringkasan urus niaga perniagaan yang tepat dan sistematik. Akaun disediakan dalam bentuk 'T'. Bahagian kiri dipanggil sebagai debit dan bahagian kanan dipanggil sebagai kredit. Akaun-akaun dalam lejar terbahagi kepada 2 kategori utama, iaitu akaun perorangan dan akaun bukan perorangan. Kedua-dua k...

Langkah Pertama Catatan Perakaunan- Jurnal

Image
Assalamualaikum & hai. So, macam yang pernah aida sharekan sebelum ni dalam entri proses perakaunan, langkah pertama selepas mengenalpasti jenis-jenis dokumen adalah mengelaskan dan mencatatkan sumber maklumat dokumen dalam buku catatan pertama (BCP) atau jurnal. Korang boleh tekan kat link ni untuk tengok proses perakaunan sebagai rujukan. http://jurnalaidahashim.blogspot.com/2018/11/kitaran-perakaunan.html Semua urus niaga perlu dicatat setiap hari mengikut urutan tarikhnya secara sistematik. Jika terabai atau berlaku kesilapan dalam perekodan, maklumat akan jadi tidak tepat atau kemungkinan korang akan kemurungan hujung bulan sebab penyata kewangan korang tak tepat.heheh  Jadi, antara fungsi catatan jurnal ini diwujudkan adalah dapat mengurangkan risiko kesilapan dan ketinggalan catatan urus niaga. Jurnal juga boleh diklasifikasikan sebagai alat kawalan dalam sistem merekodkan urus niaga. Jurnal terbahagi kepada 2 iaitu jurnal khas dan jurnal am. Jurnal khas adalah...

Dokumen Perniagaan Sumber Maklumat Perakaunan

Teks: Jurnal aida hashim Email : aidahashim.imna@gmail.com Sumber : Cg narzuki Assalamualaikum & hai. Maaf aida dah lama tak update entri, kebelakangan ni jadual agak "pack" sikit. In shaa Allah, aida akan cuba update sekerap yang mampu. Moga-moga dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan. Ok, seperti yang dijanjikan aida akan kongsikan tentang jenis-jenis dokumen yang selalu digunakan dalam perniagaan harian dalam sesebuah syarikat. Aida akan senaraikan jenis-jenis dokumen dan menerangkan setiap fungsinya, untuk contoh dokumen pula, korang boleh rujuk pada link yang aida sertakan ni ye... https://cgnarzuki.com/modul-3-dokumen-perniagaan-sebagai-sumber-maklumat/ Pesanan belian Merupakan dokumen yang dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk memesan barang secara rasmi. Pesanan belian disediakan oleh pembeli dalam 2 salinan iaitu asal dan pendua. Salinan asal dihantar kepada penjual, manakala salinan pendua disimpan oleh pembeli dalam fail pe...