Pelarasan Akaun
Imbangan duga merupakan sumber maklumat untuk menyediakan penyata kewangan. Namun begitu, maklumat dalam imbangan duga sahaja belum cukup untuk menyediakan penyata kewangan bagi perniagaaan milikan tunggal. Maka, beberapa pelarasan perlu dilakukan sebelum penyata kewangan disediakan.
Antara pelarasan-pelarasan yang perlu dilakukan adalah :-
• Hasil terdahulu- merupakan hasil yang akan diterima pada tempoh perakaunan akan datang tetapi wang tunai telah diterima dalam tempoh akaun semasa. Oleh yang demikian, hasil yang diterima perlu ditolak dengan hasil yang terdahulu untuk memperoleh jumlah hasil sebenar.
Hasil yang diterima - hasil terdahulu = jumlah hasil sebenar
Hanya jumlah hasil sebenar akan dipindahkan ke akaun sebelah kredit akaun untung rugi. Dalam kunci kira-kira, hasil terdahulu dikelaskan sebagai liabiliti semasa. Contoh hasil terdahulu adalah sewa diterima terdahulu dan komisen diterima terdahulu
• Hasil terakru - merupakan hasil yang diperoleh dalam tempoh perakuanan semasa tetapi wang belum diterima. Hasil terakru perlu ditambah dengan hasil yang diterima untuk mendapat jumlah hasil sebenar.
Hasil yang diterima + hasil terakru = jumlah hasil sebenar
Jumlah hasil sebenar akan dipindahkan ke akaun untung rugi dibahagian kredit dan hasil terakru merupakan aset semasa dalam kunci kira-kira. Antara contoh hasil terakru adalah sewa diterima terakru, faedah atas simpanan terakru dan komisen diterima terakru.
- Belanja terdahulu - merupakan belanja tempoh perakuanan akan datang tetapi telah diijelaskan dalam tempoh perakaunan semasa. Rumusnya adalah seperti ini :
Belanja yang dibayar - belanja terdahulu = jumlah belanja sebenar
Jumlah belanja sebenar akan dipindahkan ke akaun untung rugi dibahagian debit dan dalam kunci kira- kira jumlah belanja sebenar dikategorikan sebagai aset semasa. Beberapa contoh belanja terdahulu adalah kadar bayaran terdahulu, sewa dibayar terdahulu dan insuran terdahulu.
- Belanja terakru - merupakan belanja yang harus dijelaskan dalam tempoh perakaunan semasa tetapi bayaran belum dijelaskan dalam tempoh berkenaan. Rumusnya adalah :
Belanja yang dibayar + belanja terakru = jumlah belanja sebenar
Jumlah sebenar akan dipindahkan ke akaun untung rugi bahagian debit dan dikelaskan sebagai libiliti semasa dalam kunci kira-kira. Antara contoh belanja terakru adalah kadar bayaran terakru, sewa dibayar terakru dan gaji terakru.
- Hutang lapuk - merupakan hutang yang pasti tidak dapat dikutip atas sebab kemungkinan penghutang telah melarikan diri atau tidak dapat dikesan. Hutang lapuk dianggap sebagai belanja dan dikelaskan dibahagian debit dalam akaun untung rugi.
- Peruntukan hutang ragu - anggaran yang dibuat untuk hutang perniagaan yang mungkin tidak dapat dikutip dan dikelaskan sebagai belanja.
- Hutang lapuk terpulih - hutang yang dapat dikutip semula setelah dihapuskan sebagai hutang lapuk. Hutang lapuk terpulih dikategorikan sebagai hasil bukan kendalian perniagaan.
- Susut nilai terkumpul - kejatuhan nilai aset bukan semasa. Ia juga merupakan satu liabiliti kepada perniagaan. Nilainya akan ditolak dari kos aset bukan semasa dalam kunci kira-kira.
Nota tambahan - akaun untung rugi adalah akaun penyata pendapatan berbentuk 'T' .
Comments
Post a Comment