Buku Tunai,dan Buku Tunai Runcit
Teks : Jurnal aida hashim email : aidahashim.imna@gmail.com Sumber Gambar : Google Semua urus niaga secara kredit akan diposkan atau dicatatkan ke lejar dan mempuyai nama akaunnya sendiri tetapi untuk urus niaga barang niaga secara tunai, perlu direkodkan ke dalam lejar yang dikenali sebagai Buku Tunai. Buku tunai terbahagi kepada 2 jenis iaitu Buku Tunai Dua lajur dan Buku Tunai Tiga Lajur. Buku tunai dua lajur adalah merupakan gabungan Akaun Tunai dan Akaun Bank. Buku Tunai Tiga Lajur pula merupakan gabungan Akaun Tunai, Akaun Bank dan Akaun Diskaun. - Jika penggunaan buku tunai digunakan, Akaun Tunai dan Akaun Bank tidak perlu disediakan dalam Lejar am. - Buku tunai juga adalah sebahagian daripada lejar utama dalam sistem catatan bergu. Antara kebaikan pengasingan Akaun Tunai dan Akaun Bank ke Buku Tunai adalah : Rujukan lebih mudah bagi urus niaga tunai dan bank Catatan di Lejar utama dapat dikurangkan. Urusan Pengendalian Buku Tunai dapat ditugaskan kepad...